Ahad, 18 Oktober 2009

Projek di Kawasan Melor


Sebut pasal projek maka cerahlah mata puak-puak UMNO di Ketereh. Maklumlah rezeki mereka bergantung kepada projek yang dipegang oleh Ketua Bahagian. Selepas kalah pilihanraya ke 12 di Parlimen Ketereh, kawe perhatikan projek adalah sikit-sikit untuk orang kawasan Melor dan Kadok. Selebihnya banyak tertumpu di Kok Lanas.

Kawe orang Melor. Maka kawe nak cerita kisah Melor sahaja.

Permohonan untuk adakan lampu isyarat di cabang Melor Ketereh sudah lama. Dah berzaman. Pekan Melor ni besar sikit dengan Pekan Peringat. Besar la sikit dengan Pekan Gunung dan juga Selising. Tapi kesemua pekan ni ada lampu isyarat kecuali Pekan Melor. Pekan Ketereh tak yah cerita la.

Dari zaman Dato' Zainal (ADUN Melor 1995), Wan Ismail Wan jubursuh (ADUN 1999), Cikgu Jemi (ADUN 2004) dan kembali kepada Wan Ismail (2008) masih duk macam tu je. Jalan dari cabang Melor Ketereh kemudian ada jambatan kecil sebelum Esso (2 lorong) maka bermulalah jalan 4 lorong dari Melor sampailah ke lampu isyarat Pekan Peringat. Jambatan di taliar KADA Jambu Merah pun dah 4 lorong biarpun 7-8 kontraktok bertukar tangan.

Kemudian dibuatnya Sekolah baru di Padang Raja. Tak tahulah sapa kontraktor yang dapat projek tersebut tetapi sedih dan malunya Sekolah Kebangsaan Padang Raja tu diberi alamat salah iaitu selepas nama sekolah, 16400 Peringat Kelantan bukannya 16400 Melor Kelantan. Walhal Pejabat Pos duduk depan rumah kawe je di Melor.

Inilah bodohnya orang yang buat kerja. Kawe boleh kata orang yang buat kerja ni memang bodoh dan bangang dan makan babi. Otak tak ada. Tidak memperkasakan nama Melor yang sepatutnya harum dan mekar..

Walaupun projek sekolah ni dibawah kementerian Pendidikan tapi yang menentukan sapa dapat projek ini ialah Ketua Bahagian UMNO Ketereh.

Cuma kawe nak tahu jugak, Che Hamdan Che Hassan dapat tender buat apa ? Aziz KBB @ Boh Wal ni pun dapat apa ?

0 ulasan: