Ahad, 18 Oktober 2009

Politik UMNO Ketereh - Boh Yie

Sepertimana yang kita ketahui, UMNO telah pun menggubal dasarnya dimana tiada lagi kuota untuk membolehkan sesiapa sahaja bertanding dari akar umbi sampailah keperingkat tertinggi. Maka mangsa yang teraniaya dek kerana tak cukup kuota mula merancang strategi untuk pemilihan akan datang. Dijangka akan berlangsung selepas piliharanya umum ke 13 pada 2012.

Salah seorang yang menjadi mangsa ialah Sorberi Kadok atau dikenali dengan Boh Yie. (gambar). Kisah ceritanya cukup popular semasa pemilihan peringkat bahagian di Ketereh baru-baru ini. Member dah cukup kuota dah tapi tiba-tiba dihilangkan 2 undi kerana ada 2 cawangan dibatalkan oleh Setiausaha Agung UMNO Tengku Adnan.

Maka menyumpahlah Boh Yie pada Tengku Adnan sehinggakan perubahan yang UMNO buat ni pun beliau tetap tak puas hati kerana UMNO dibawah pimpinan Najib masih mengekalkan oang yang tak reti buat kerja, orang yang zalim seperti Tengku Adnan. Petikan Boh Yie mengenai Tengku Adnan

Semasa mesyuarat bahagian bagi memilih G7, walaupun Boh Yie tidak menawarkan diri tetapi dipilih sebagai G7. Maklumlah perhimpunan agung UMNO lepas mana ada pertandingan. Khabarnya TS Annuar Musa bagi kat Boh Yie sebab nak jaga hati Boh Yie yang terluka.

Kemudian kawe rasa pelik kerana semasa pemilihan G7 Boh Yie tidak ada diMalaysia kerana berada di Jakarta. Lalu kawe bertanya kepada orang no.2 di UMNO Ketereh, Haji Alwi mengenai kenapa orang yang tidak ada boleh bertanding dan menang dalam pemilihan kerana kawe berpendapat ini tidak mencerminkan semangat parti.

Haji Alwi pun menjawab, nak heran apa dengan hal ini kerana Boh Yie sendiri pernah bertanding dengan Haji Ripin dimana Haji Ripin ketika itu sakit dan berada dihospital dan Haji Ripin hanya menghantar songkoknya sebagai wakil dan songkok itu menang dalam pemilihan tersebut. (kisah pemilihan di UMNO Ketereh suatu ketika dahulu..kawe lupa bila)

Oleh kerana kawe ingin mengetahui lebih detail lagi maka kawe pun forward sms Haji Alwi ke Boh Yie bagi mendapatkan penjelasan dan pandangan Boh Yie tentang cerita ini.

Boh Yie tak jawab sms kawe tapi dia jawab di blog Boh Yie sendiri (tajuk Gantungkan UMNO Ketereh).

Dalam blog tersebut, Boh Yie menyalahkan Haji Alwi dan petualangnya dalam usaha menidakkan Boh Yie mencabar Cikgu Ismail Latiff yang lesu itu.

Maka sebagai anak jantan kawe percaya, Boh Yie akan berusaha untuk menjadi pemimpin utama di Bahagian Ketereh samada mencabar Annuar atau haji Alwi. Kita saksikan nanti.


0 ulasan: