Sabtu, 22 Ogos 2009

Selamat Menyambut Ramadhan


Isnin, 17 Ogos 2009

Pilihanraya Kecil N11 Permatang Pasir



Khamis, 13 Ogos 2009

Wasiat Raja Melayu

Tanggal 5 Ogos 1957 semasa diperturunkan tandatangan persetujuan membentuk Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu;

"Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kami pijak dan langit yang kami junjung iaitu Persekutuan Tanah Melayu"

"Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain."

"Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta milik kamu, kami tubuhkan Regimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara."

"Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini"

"Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan Tanah Melayu"

"Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu"

"Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum yang lain"

Rabu, 12 Ogos 2009

Sorberi Mahu UMNO Ketereh Di Gantung


Melalui blog 'Yang ku dengar dan ku lihat' milik Sorberi Kadok, beliau meminta supaya UMNO Ketereh digantung berdasarkan apa yang telah berlaku keatas dirinya sebelum ini. Sorberi atau dikalangan yang mengenalinya memanggil 'Boh Yi' merupakan bekas Ketua Pemuda UMNO Ketereh dan calon DUN Kadok bagi pilihanraya 1995.

Tahun lepas semasa pemilihan UMNO Bahagian Ketereh, Boh Yie nak bertanding jawatan Naib Ketua Bahagian bagi mencabar Ismail Latiff @ Cikgu Wail yang mana kerusi tersebut didapati sudah berkarat diduduki oleh Cikgu Wail. Apatah lagi Cikgu Wail dianggap liabiliti UMNO Ketereh kerana keengganan beliau bertanding sebagai calon DUN Melor pada pilihanraya 2004.

Berdasarkan syarat, 13 percalanon membolehkan jawatan itu dipertandingkan dan Boh Yie telah mendapat 14 pencalonan tetapi kemudiannya 2 cawangan dibatalkan menyebabkan ianya menjadi 12 dan Boh Yie hilang kelayakan bertanding dan dengan itu kekallah kekaratan itu untuk tempoh sepenggal lagi.

Ramai orang yang dikatakan terlibat dalam soal ini. Ramai yang menuduh Boh Yie gilakan jawatan dan sebagainya. Bagi mengelak konflik, Tan Sri Annuar Musa menawarkan jawatan Bendahari kepada Boh Yie namun ditolaknya. Boh Yie tidak mahu jawatan yang dilantik kerana baginya itu tidak menandakan semangat juang dalam dirinya sebagai pejuang bangsa dan agama.

Isu mengenai pertandingan 1996 juga dibangkitkan dimana ketika hari pemilihan, Boh Di dikatakan meletakkan songkok Tok Gawa Ripin yang terlantar di hospital sebagai wakil untuk berlawan dengan Boh Yie dan keputusannya Boh Yie kalah sebanyak 12 undi.

Pernah juga berlaku ketika pemilihan perwakilan Pemuda ke Perhimpunan Agung UMNO dimana calon yang tidak hadir dipilih sebagai pemenang. Menurut Haji Alwi inilah kehebatan UMNO dimana calon yang tidak hadir boleh bertanding dan YB ini meletakkan ianya sebagai satu keunikan dalam UMNO.

Boh Yie juga berasa pelik kerana pada mesyuarat yang berlangsung 7 Ogos lepas, beliau terpilih sebagai wakil G7 sedangkan beliau tidak hadir kerana berada diluar negara.

Kekalutan ini merumuskan kepada Boh Yie bahawa UMNO Ketereh perlu digantung