Jumaat, 16 Oktober 2009

Politik UMNO Ketereh

Jika setahun yang lalu,ramai yang sibuk kesana sini mecari para perwakilan untuk memenangkan pilihan masing-masing tidak kira apa jua cara sekalipun. Antara yang menjadi keutamaan ialah menjadi salah seorang perwakilan ke perhimpunan agung UMNO dimana berlaku perebutan jawatan utama dalam parti.

Suhaidi Yusof (Boh Di), Cikgu Seman, Haji Pauzi, Sorberi Shafei (Boh Yie), Adik Mat, Cikgu Jemi, Mat Jelira, Mat Yani dan ramai lagi orang-orang UMNO Ketereh sibuk kehulu hilir dengan pelbagai cara dan karenah.

Wujud 2 team iaitu Team Kerajaan dan Team Wawasan. Banyak kisah sama sendiri dikeluarkan bagi tujuan menjatuhkan imej lawan dan kalau diingati denga pelbagai krisis, fitnah dan tuduhan maka akan berlaku perubahan besar dalam UMNO Ketereh maka jawapannya ialah tiada perubahan.

Haji Pauzi masih di Tingkat 2 YKK Padang Kala. Orang tingkat 4 Putrajaya sudah pun dilenyapkan tapi orang tingkat 2 YKK masih kekal disitu. Tidak tahu apa sebabnya tetapi berharap ada la juga sedikit perubahan. Perubahan macam mana ? Perubahan sikap yang mana kalau dulu suka marah-marah dan masam cetung diubah kepada mesra biarpun sikit sahaja.

Cikgu Seman yang berada dalam Team Wawasan kini mula berubah arah kepada Team Haji Pauzi. Al maklumlah projek bahagian UMNO Ketereh dikawal oleh Annuar Musa dan Haji Alwi dan diselia sepenuhnya oleh Tingkat 2 YKK.

Senario ini pasti akan menimbulkan sedikit kemelut kepada pemilihan calon bagi kerusi DUN Melor dalam pilihanraya akan datang. Apatah lagi kerusi DUN Melor dijamin akan berubah ekoran masalah dalaman ADUN Melor ketika ini iaitu Wan Ismail Wan Jubursoh.

Cikgu Seman dilihat sebagai berpotensi sebagai calon kerana dia mempunyai rekod bersih sebagai ahli parti dan juga dari sudut senioriti. Walaubagaimanapun seorang lagi calon muda iaitu Mat Yani juga dilihat berpontensi kerana dia lebih disenangi dikalangan pengundi muda.

Peluang yang ada ini pasti direbut oleh Cikgu Seman dan Mat Yani. Maka akan bergelutlah mereka bagi meraih peluang sebagai calon. Cikgu Jemi bekas ADUN Melor sudah tidak releven dan hilang arah. Politik Cikgu Jemi hanya sekadar mengisi jawatan dilantik iaitu Setiausaha Bahagian.

Maka jadilah macam kisah 2004 dimana ada 2 calon yang dikatakan layak iaitu Cikgu Ismail Latif dan Cikgu Jemi dan mujurlah Cikgu Ismail masih sayang pada pencen sampai mati sebagai Guru Besar daripada jadi wakil rakyat. Maka Cikgu Jemi dipilih.

Seorang lagi tokoh dalam UMNO Ketereh yang paling gembira dengan pemansuhan kuota calon iaitu Boh Yi. Pernah bertanding untuk DUN Kadok tapi kalah. Pada pemilihan parti lepas, Boh Yi nak bertanding jawatan Naib Ketua Bahagian menentang Cikgu Ismail yang mana Boh Yie menganggap Cikgu Ismail sudah tidak releven dengan politik kerana enggan bertarung digelanggang DUN Melor 2004. Mana jiwa politik sekiranya takut.

Malangnya kuota yang sudah cukup itu tiba-tiba hilang 2 undi yang menyebabkan kelayakan Boh Yie untuk bertanding ditarik balik. Benganglah Boh Yie dengan keadaan ini dan berlakulah tuduh menuduh sesama meraka termasuklah mengatakan ADUN Kok Lanas Haji Alwi sebagai dalang utamanya.

bersambung...


1 ulasan:

muring.com berkata...

salam perjuangan kepada sahabat-2ku yang masih cuba mempertahankan parti kita umno. cerita demo amat menarik tapi kawe rasa kita kena teliti sikitlah dalam nak pilih saing2 kita jadi ketua...nama2 hok demo sebut tu molek dan comel belako tapi kita pilih yang terbaik antara yang terbaik.wasalam...pak su tar tok alih muring