Khamis, 3 Disember 2009

Masalah Tak Boleh DiKritik

Manusia mempunyai banyak karenah.Macam-macam jenis perangai. Kekadang tu payah nak diramal mood manusia ni. Oleh kerana itu dah sifatnya maka terpaksalah kita terima antara kita sesama manusia. Jangan terima sifat binatang pulak.

Kawe duk kampung sekarang. Adik kawe ada restoran. Adik kawe bagitau bagaimana ada orang tak mari ke restoran adik kawe kerana marah ke kawe akibat kena kritik dalam blog kawe sebelum ni. Setahu kawe ada dua -tiga orang je kawe kritik tapi bukan memusnahkan diri mereka tetapi menegur dengan cara baik dan kebanyakkannya berkaitan dengan masalah politik.

Jika kerana perkara tersebut disabitkan maka terpaksalah kawe mintak maaf. Bukan apa, takut jugak nanti disabitkan macam-macam. Masalah rezeki ni kena jaga juga. Adik kawe kata kalau nak kritik orang kena kaji diri dulu. Kawe kata kalau gitu sapa-sapa takleh kritik.

Sebagai contoh, kawe kritik Haji Alwi. Maka ada orang marah dengan soal mu ni sapa nak kritik Haji Alwi. Mu tak layak kritik dia. Untuk pengetahuan semua Haji Alwi ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ketereh yang juga Ketua Pembangkang di DUN Kelantan.

Jadi bila Haji Alwi kritik Menteri Besar maka kawe pun kenalah royat ke Haji Alwi yang dia tu sapa nak kritik Nik Aziz. Dah disebabkan ada syarat nak kritik maka kita kena pertikailah kritikan tu. Sebab tu kawe kata kalau ada perbandingan macam ni maka tiada siapa kritik siapa. Mak amalah negeri Kelantan dan juga dunia.

Apabila kawe kritik Haji Pauzi, Tok Gawa di YKK Padang Kala Kelantan maka ramai yang menyokong. Mereka yang menyokong pun jenis tak sir wi geger nama dia. Ada kepentingan tersendiri. Tapi pada masa sama ada rasa tak puas hati. Jadi apabila Haji Pauzi masih dengan kekuasaan yang sedia ada maka hok demo duk kritik selama ini hilang begitu sahaja kerana kalu terusan maka hilang projek.

Kawe malas nak sebut soal ni tapi kawe faham dan kalau orang ni naik jadi calon di kawasan kawe maka kawe akan dedahkan perangai dia selama ini dalam blog kawe. Kita tunggu sebab kawe dapat tahu ada ura-ura yang dia akan jadi calon untuk pilihanraya ke-13 bagi kawasan Ketereh ni.

Rezeki datangnya dari Allah dan pergunakanlah rezeki dengan cara yang baik untuk dirti kita, keluarga kita seterusnya masyarakat kita kerana itu tuntutan agama.

0 ulasan: